Himpunan Kisah-Kisah Yang Orang Tak Kisah
Friday, March 16, 2012
Monday, January 16, 2012
Bihun Goreng Basah & Cili Potong
Aku baru lepas makan bihun goreng basah dan cili potong sebagai side dish. Jadi aku masih belum dapat tido, mungkin sebab cili api tadi tengah melawan dengan cacing-cacing dalam perut aku. Sebenarnya tadi aku makan sorang-sorang. Faking hell punya bosan makan sorang-sorang ni, nasib baik ada cerita cina perang dekat tv3. Nama cerita tu Red Cliff. Cerita ni sangat power, bila tengok cerita tu aku dapat bayangkan cina memang ada tolong melayu pada zaman dulu-dulu. Mustahil melayu kuat sangat dan tak minta pertolongan dari kaum lain. Kalau melayu dari dulu hebat, mesti negara ni dah setanding negara cina. Jadi aku harap takde kawan-kawan aku yang anggap melayu ni mulia dan hebat sangat.
Betul cakap Pem, takde gunanya tulis blog kalau tak memberi peringatan dekat orang. Tadi aku rasa sunyi sebab takde orang teman aku makan, mungkin aku boleh handle lagi sebab masih ada ramai orang awam di sekeliling aku. Macamana pulak aku nak survive sunyi dalam kubur sorang-sorang kalau aku tak baca al-quran?
Sunday, January 15, 2012
Pengembaraan Bermula
Semalam aku dah berada di Pandan Perdana, Kolumpo tempat tinggal baru yang asing bagi aku. Jauh pekan Ipoh. Mulai semalam aku dah berpindah masuk ke rumah baru. Segala-galanya berbeza dan aku kena menempuh benda ni seorang diri. Aku rasa ini memang betul-betul berdikari sebab aku tak kenal sapa-sapa pun kat sini. Gila babi.
Atm pun tak tau kat mana, kedai makan pun tak jumpa lagi, masjid pun tak nampak menara. Kepada Nuar Nasir dan Acai, aku dah cuci dah tandas rumah ni. Dapur pun dah takde bau kencing tikus. kah kah kah mari la datang sini cek woi!!
Jaring perangkap nyamuk yang aku beli tu tak lekat pulak guna stapler biasa, nak beli stapler gun macam membazir pulak kalau nak pakai sekali ni je. Langsir pulak singkat, tak sangka pulak bingkai tingkap bilik baru aku ni besar, lain kali aku kena bawak sliding door punya langsir sebagai ganti.
Tapi aku tak kesah pun nak kawan dengan sapa-sapa, cuma aku nak tau sapa yang bukak pintu bilik aku. Haritu aku dah kunci, semalam aku balik dah terbukak. Bila aku tanya seorang pun tak mengaku. Mungkin ini kerja hantu durian.
Saturday, January 7, 2012
Tambun Straight Edge #9
Perbualan antara aku dan mak pada tengahari tadi,
Mak: Kamu pergi mana malam tadi?
Aku: Pergi minum tempat biasa je, kenapa?
Mak: Ada hantu ikut kamu balik malam tadi, menangis-nangis kat tepi tingkap bilik mak.
Siap ketuk tingkap lagi. 3 kali baca ayat qursi baru dia hilang.
Aku: Hah?!
Selama ni aku balik ikut jalan yang sama juga kalau balik dari lepak Wak Puji, takde pulak hantu yang ikut. Tapi malam semalam kebetulan mak Acai baik hati bagi durian kepada aku dan Nuar Nasir. Durian tu daripada hutan mana ntah, tapi sedap! Aku syak hantu tu ikut buah durian tula. Jadi secara rasminya aku menggelar hantu yang mengacau malam tu sebagai Hantu Durian.
Friday, January 6, 2012
Wednesday, January 4, 2012
Tambun Straight Edge #7
Pagi ini aku bangun awal kerana opah mengejutkan aku, katanya dia dah nak berangkat ke Kolumpo. Dihulurnya rm5 ke tangan aku. Aku mengambil duit tersebut dengan perasaan sedikit terharu. Tapi aku terlupa nak bersalam lepas ambik duit. hehehe
Tiba-tiba aku teringat pada arwah tokwan. Serius rindu gila kat arwah tokwan, teringat lagi saat dia ajar aku cara baling dedak ayam. Arwah tokwan jugak selalu beli air botol sarsi untuk aku setiap kali aku balik kampung. Segar sekali di ingatan aku, tokwan hanya berkain pelikat dan singlet putih berjalan kaki ke kedai Pak Man. Hingga di saat-saat akhir beliau juga, beliau masih gagah membeli air botol untuk aku dan adik-adik.
Semoga arwah tokwan super seronok disana dan sentiasa lepak-lepak bersama roh para mukminin. Amin.
Opah gerak Kolumpo dengan adik aku. Harap-harap opah boleh bertenang sebab adik aku jenis bawak kereta macam pelesit.
Harini aku tak makan nasik, tapi aku makan mee kicap.
Tuesday, January 3, 2012
Tips Membuang Kulit Durian
Selepas makan durian dan sedawa berbau durian, anda pasti mahu membuang kulit durian bukan?
Saya ingin berkongsi satu tips atau teknik membuang kulit durian dengan sopan dan tidak menyusahkan brader-brader Majlis Bandaraya.
Kebanyakan brader Majlis Bandaraya merungut dan bersedih setiap kali musim durian. Ini adalah kerana tangan dan kaki mereka kerap terkena kulit durian di dalam plastik sampah. Apatah lagi plastik sampah berwarna hitam yang tidak dapat dilihat apa isinya.
Jadi bagi menjaga kemaslahatan dan kesejahteraan brader Majlis Bandaraya, suka saya tekankan bahawa elok lah sekiranya kamu semua membalut kulit durian tersebut dengan surat kabar lama. Sekurang-kurangnya 3 lapis surat kabar diperlukan bagi memastikan duri durian tidak menembusi plastik seterusnya mencederakan brader-brader tersebut.
Selepas dibaluti dengan surat kabar lama, barulah kulit durian itu tadi dimasukkan ke dalam plastik sampah, dan di buang ke tong sampah berdekatan.
Semoga brader Majlis Bandaraya senyum-senyum selalu dalam pekerjaan harian, mahupun pada musim durian ini. Sekian saja dari saya.
Salam 1 durian.
Labels:
tips kekal cantik menawan
Subscribe to:
Posts (Atom)